Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Tuesday, December 29, 2009

Kasih Pada Alam.....cantiknya ciptaan Allah....Gunung Kinabalu


Salam .......mengajar subjek Pendidikan Alam Sekitar menjadikan saya dekat dengan alam dan secara tidak lansung mendekatkan diri dengan Allah.....pencipta alam ini. Saya bersama keluarga bercuti ke Kota Kinabalu,Kundasang dan juga ke Pulau Labuan bersama rakan. Membawa keluarga melihat kehidupan manusia dan alam seolah menjadi rutin bagi kami sekeluarga. Ditambah pula pergi bersama 3 keluarga amat menyeronokkan dan juga meletihkan. Isteri saya begitu kagum dengan ketinggian Gunung Kinabalu. Ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka. Kebetulan cuaca menyebelahi pihak kami. Pemandangan begitu indah dan Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas puncaknya. Ketika berhenti di perhentian di Pekan Nabalu untuk membeli cenderamata, Gunung Kinabalu juga dapat dilihat dengan jelas.
Gambar foto di atas menunjukkan kami sekeluarga berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
What a lovely family........hehhehehehe.....macam kumpulan band indie jer....

Kasih dan sayang Allah...syukur alhamdulillah


Salam......lama berhenti menulis kerana kesibukan bercuti bersama keluarga. Minggu lepas merupakan minggu yang mendebarkan kami sekeluarga kerana keputusan PMR diumumkan.Along merupakan salah seorang calon PMR. Debaran bertambah kencang kerana Along hanya memperolehi satu A sahaja semasa peperiksaan percubaan.Ditambah pula dengan sikapnya yang 'easy going' dan sering mengambil mudah dalam pelajaran dan leka bermain 'games' dan ralit dengan komik Gempak yang tidak pernah lupa dilanggan 2 kali sebulan. Saya menaruh yakin kejayaan akan dicapai kerana anak lelaki memang sifatnya begitu. Saya bersama isteri dan Luqman(anak ke 3) melangkah ke Dewan SMK Derma Kangar dengan hati yang berdebar.Walaupun saya mempunyai kawan di Jabatan Pelajaran.....biar suspens...
Sesampai di Dewan Sekolah SMK Derma , Pengetua, Pn. Norlia sedang memberikan ucapan dan membaca analisa.Saya melihat ramai pegawai dari Jabatan Pelajaran,Pengarah Pelajaran Negeri dan juga 'reporter' telah ramai berkumpul. SMK Derma merupakan antara 10 buah sekolah kluster yang terbaik di Malaysia dan menjadi sekolah yang terbaik keputusan PMR 09 malah mengalahkan SM Sains yang merukana sekolah yang berasrama penuh.
Hati makin berdebar apabila MC menjemput Pengarah Pelajaran Negeri bersama Pengetua naik ke pentas untuk menyerahkan slip peperiksaan kepada calon cemerlang yang mendapat 8A.
Selepas hampir 40 nama dipanggil saya hanya berdiam diri.Saya menyatakan kepada isteri
"Nama dari abjad A hingga Z sudah habis dipanggil, tak ada pun nama Along"
"Nama dipanggil berdasarkan kelas..." saya berdiam dan terus keluar Dewan.
Saya terus bergerak ke hadapan dewan dan bersedia dengan kamera di tangan.
"Wira seterusnya...Mikhail Muttaqee b. Mahayudin"....
Saya diam membisu. Tidak dapat dibayangkan perasaan hati. Syukur alhamdulillah.
Allah telah memakbulkan doa saya dan isteri di Multazam. Kami memohon kejayaan anak-anak di hadapan Kaabah. Hati menjadi hiba apabila melihat isteri saya mulai menangis kegembiraan. Perasaan bangga,sedih,gembira,puas semua bercampur baur.
Terima kasih pada semua terutama bekas Pengetua Derma, Pn. Hjh. Aziah,Pengetua sekarang, Pn. Norlia dan semua guru yang mengajar anak saya semenjak dari tingkatan 1 sehinggalah ke tingkatan 3. Begitu juga keluarga yang sentiasa memberi semangat dan mendorong ke arah kejayaan. Kejayaan Along adalah kejayaan kita semua.Juga rakan-rakan saya yang sentiasa mendoakan kejayaan Along.
p.s. Gambar foto di atas Along menerima slip peperiksaan PMR 09 daripada Pengarah Pelajaran Negeri.....jangan lupa...Abah juga berada di pentas yang sama pada tahun 1983 kerana menjadi Pelajar Terbaik STPM Aliran Sastera. Buat Along....perjalanan masih jauh.....usaha yang bersungguh dan tidak lupa pada Allah nescaya akan membuahkan hasil yang sama pada SPM 2011

Tuesday, December 8, 2009

Kisah Cinta Hamka

Masjid di Danau Maninjau
Masjid di atas merupakan masjid di mana Prof. Hj. Abdul Malik Karim Amirullah memulakan ceramah agama beliau selepas pulang daripada belajar di kota Makkah. Cara pengajaran dan idea yang baru menyebabkan beliau tidak begitu disenangi oleh masyarakat Minang yang rata-ratanya mengamalkan Adat Perpatih. Beliau keluar merantau semula dan mendapat sambutan di Malaysia. Lawatan ke rumah Hamka mendedahkan andaian Hamka seolah-olah seperti sebatang pokok kelapa yang condong di mana buahnya boleh dipetik di Malaysia. Kenangan ke rumah Hamka mengingatkan saya pada dua buah novel beliau yang telah saya baca iaitu Tengelamnya Kapal Van Der Veight dan Di Bawah Lindungan Kaabah. Perbezaan antara novel cinta dan novel yang berunsurkan agama berjaya digarap oleh beliau dengan baik sekali.Saya petik kata hikmat Hamka yang ditulis beliau di dalam buku Pelita Kehidupan.

"Hidup terbina antara suka dan duka, andai terlalu suka hati jadi bosan,terlalu
berduka hati jadi rawan"

Danau Maninjau menjadikan kita begitu dekat dengan alam. Tidak menghairankan jika kita telah menjejakkan kaki ke Tanah Minang, lambat laun kita akan kesana lagi. Bak pantun yang tercatat di rumah Buya Hamka
Jika anda memakan pinang
Makanlah sama sireh yang hijau
Jika anda ke Tanah Minang
Jangan lupa singgah ke Maninjau

Salam.........

p.s. Teringat jeritan Kak Sofiah di Harau dan nyanyian oleh Pak Sony.....Ayam Den Lapeh....lagu yang dipopularkan oleh Elly Kassim sekitar tahun 60 an.....

Cinta pada alam di Danau Maninjau





Gambar foto di atas merupakan antara tempat yang menarik di Danau Maninjau Bukit Tinggi Sumatera. Kawasan di belakang rumah gadang(rumah penghulu/pak lurah) seakan langit dan awan, sebenarnya adalah Tasik Maninjau.Kedudukan tasik yang terletak di kawasan rendah dan merupakan bekas kawah gunung berapi telah mengujudkan satu kesatuan antara langit dan bumi. Anda tidak dapat membezakan kedua-duanya.Horizon tiada di sini.
Mashallah.
Luasnya kerajaan Allah di alam maya ini.

Monday, December 7, 2009

Antara Kasih dan Sayang di Padang dan Bukit Tinggi

Salam ....
Kenangan melancung ke Padang dan Bukit Tinggi Sumatera pada Disember 2008 bersama keluarga meninggalkan kesan yang mendalam pada keluarga saya. Apabila Padang Pariaman dilanda gempa bumi pada Oktober 2009, kami sekeluarga mengimbau kembali kenangan ke sana. Rocky Hotel tempat kami menginap di Padang ranap sama sekali ditelan bumi.
Nauzubillah min zalik.
Entah bila lagi kami dapat ke sana.Kesedihan,tangisan dan ratapan yang dilihat di kaca tv menginsafkan kami sekeluarga.
Syukur alhamdulillah kita tinggal di Malaysia.Bumi bertuah.
Kenangan di Tasik Maninjau,Ngarai Si Anok dan Harau masih terlekat dihati kami sekeluarga.Terasa seperti semalam sahaja kami pulang dari sana.

Sunday, December 6, 2009

Nur Kasih....Cinta Madinah


Bersama isteri tersayang dihadapan Masjidil Nabi di Madinah.
p.s. Cuba anda perhatikan dua orang pemuda Arab pada sudut kanan foto ini. Handset di tangan. Saya sudah berpeluang untuk melancung dan belajar di beberapa tempat di dunia. Timbul persoalan.
Adakah manusia ini sama dan begitu sibuk dengan urusan dunia walau di mana jua mereka berada?
Jawapannya ada pada diri anda.

Nur Kasih di Madinah al Munawarah

Assalamualaikum dan salam bahagia.
Syukur alhamdulillah kerana saya dikurniakan Allah s.w.t kekuatan untuk menulis dan mempunyai laman blog sendiri.Semoga laman blog ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berminat dengan cerita,kisah,teladan dan renungan yang saya cuba paparkan di sini.
Aidil Adha pada tahun ini memberikan makna yang besar dalam hidup saya kerana ini merupakan titik tolak dalam hidup saya mencari cinta nan satu. Sudah tiga kali tawaran untuk mengerjakan haji ditawarkan oleh pihak Tabung Haji, tetapi saya menolak dengan pelbagai alasan. Ramai orang yang menunggu 'seru'. Sebaliknya saya telah dimendapat tiga kali 'seru'. Malu pada pegawai Tabung Haji yang menanyakan soalan mengapa ingin menolak apabila mendapat tawaran.Berbagai alasan diberikan.
2010 merupakan tahun yang mencabar.Saya dan isteri membuat keputusan untuk mengerjakan haji pada tahun ini.Persediaan ke arah ini patut bermula dari sekarang terutama proses muhasabah diri.
Saya telah menunaikan umrah pada tahun 2008. Kerinduan pada Madinah begitu ketara.Pengalaman berada di Madinah al Munawarah merupakan pengalaman yang tidak dapat diucap dengan kata-kata.Ketenangan ketika berada di bandar ini hanya boleh dirasai oleh mereka yang pernah sampai ke bandar ini.Terdetik di hati saya untuk berhijrah dan tinggal atau bekerja di bandar ini.
Insyaalah..... moga cita-cita ini akan terlaksana