Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Friday, June 15, 2012

Nasihat Imam Syafie

Jika Engkau ingin hidup,
Selamat agamamu
Aman kedudukanmu dan
terjamin harga dirimu.
Lisanmu janganlah menceritakan keaiban orang lain,
kerana kamu juga mempunyai keburukan dan orang lain juga mempunyai lisan.
Jika kedua matamu  melihat keburukan orang lain maka diamlah
dan katakan :
Wahai mata! Mata orang lain lagi jeli melihat keburukanku.
Bergaulah dengan baik dan jauhilah orang yang memusuhimu,
berpisahlah dengan dia, namun dengan cara yang baik
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati
tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan:

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka.
Jika itu aku dapatkan. Aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat. Aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.
Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.
Jika suka melanda. Aku sering bertanya: “Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?”
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati,
namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa,
lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.


Sukarnya mencari sahabat sejati.

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka.
Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah.

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.
Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.

Rosaknya keperibadian seseorang.

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain.

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.
Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.
Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh.

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci,
seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.


Tipu daya manusia.

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat,
tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik,
tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.


Tempat menggantungkan harapan.

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya,
baik ketika hidup mahu pun setelah mati.


Menjaga nama baik.

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
. Awas! Kubur Menunggu Kita - "Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adik dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi" :- Imam Syafie
Di dalam kubur, liang yang sangat sempit, tidak ada perbezaan antara pelayan dan majikan, kaya dan miskin. Semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Semua amalan yang kita buat baik atau buruk akan dihitung. Adeh, lately banyak sgt kes kematian mengejut cth: Mati diragut, mati kemalangan ngeri dll...aku pernah terfikir kalaulah itu aku, mcm mana aku nak mengadap Allah?...amalan baik terlalu sedikit, yang dah dibuat pun belum tentu diterima...ya Allah berilah peluang untuk beramal lagi...amin

2. Sebesar-besar keaiban - "Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri" :- Imam Syafie

Kita di LARANG memandang dan menyelidiki seterusnya menceritakan keburukan orang lain kerana Ali pernah berkata, Nabi Muhammad SAW memberitahu, "Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri". Maksud hadis ni bukanlah bila kita mendapati kekurangan di dalam diri orang lain, kita jua menyamakan diri kita dengan diri orang itu tetapi adalah cukup bagi kita tidak menceritakan keburukan orang lain kepada orang ramai dan cube memperlok dan memperbaiki diri sendiri. Ini kerana perlu diingat keburukan yang ada pada orang lain tidak menyenangkan kita dan begitulah sebaliknya. Macam org kita selalu ckp "satu jari tuding kepada orang lain dan empat jari tuding diri sendiri"

Kalau kita perhati, nature kebanyakkan kita pantang sahaja melihat kekurangan dan keburukan orang lain, terus diperkatakan dan disebarkan dengan alasan gossip. Jom kita pakat memperbaiki diri, sama-sama kita tingkatkan kualiti hidup dalam ibadat, kerja dan segala-galanya supaya Islam gemilang kembali seperti dahulu kala.

Bab larangan membuka aib ni ditekankan sebanyak 2 kali dalam buku ni, satu lagi dalam wasiat bagaimana untuk mencari Hidayah Allah.

3. Kata-kata Hikmat Imam Syafie - "Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang soleh":-Imam Syafie

Ada 41 kata-kata hikmat (ada dalam kitab al-Umm), aku tak letak semua la ye...tak larat nak taip sbb lapooorrr...
  • Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda; tak ada yang tua masakan ada yang muda kan...
  • Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran; ni tergolong munafik jgk kan??
  • Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
  • Jagalah ibu bapa kamu, nescaya anak-anakmu akan menjaga kamuIlmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan perlu dijaga, sedangkan ilmu menjaga kamu; duh! indahnya...
  • Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesalahanmy dengan mendirikan sembahyang; zakat tahun lepas dah langsai belum??
  • Sifat menahan marah adalah lebih mulia daripada membalas dendam
  • Mengajar adalah belajar; aku seorang pelajar....
  • Insan terbahagi kepada 3 iaitu:
a. Mereka yang mengenal Allah
b. Mereka yang mencari kebenaran
c. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran
  • Golongan terakhir ini adalah golongan paling rendah dan mereka akan ikut sebarang ketua
  • secara buta seperti kambing
  • Jangan kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
  • Mereka yang mencari kesilapan diri sendiri selamat daripada mencari kesilapan orang lain
  • Sebenarnya manusia sedang tidur, tetapi akan bangun apabila mati; ayuh semua pakat bangun sekarang..

Nasihat Imam Ghazali : Hakikat Ikhlas


Antara ciri keikhlasan yang berada pada tahap yang lebih tinggi adalah sudah tidak merasai perbezaan perasaan apabila dipuji atau dikeji oleh manusia lain.



Al-Imam Al-Ghazali r.t. mencatatkan dalam kitab Ayyuhal Walad (Wahai Anakku) hakikat ikhlas, seperti berikut:


Wahai anakku yang tercinta,


Dan engkau juga bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Ta'ala dan hati engkau tidak berasa senang dengan pujian manusia dan juga engkau tidak peduli dengan kecaman mereka.



Terjemahan kitab Ayyuhal Walad oleh Al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah.

Bismillahi walhamdulillah.
Dalam kitab Riyadhus Solihin, bab nasihat, Imam Nawawi menghimpunkan beberapa ayat dan hadis berkaitan nasihat.  Ayat yang dikemukakan pada awal bab ialah

ِإنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَة

Maksudnya: “Sebenarnya orang-orang beriman itu bersaudara…” (Al-Hujurat:10)

الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ

Maksudnya: “Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, untuk siapa? Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh umat Islam.” (Muslim)

Pada penghujung bab, Imam Nawawi membawa hadis berikut;

لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk  saudaranya seperti mana dia kasihi untuk dirinya sendiri.” (Bukhari, Muslim)
Maksud nasihat ialah mahukan kebaikan untuk orang yang dinasihati dan memandu mereka ke jalan kebaikan. Saya tidak bermaksud untuk menjelaskan nasihat dari sudut hukum, kaedah dan adab-adabnya. Tetapi melihat nasihat dalam konteks gandingan ayat dan hadis yang dikemukakan oleh Imam Nawawi.
Berdasar ayat dan hadis-hadis di atas, boleh difahami bahawa antara ciri kesempurnaan iman seseorang adalah dengan menjalankan tanggung jawab nasihat kepada saudaranya yang lain.
Banyak kepincangan dalam kalangan masyarakat yang kita ketahui dan masalah yang membebani mereka. Seperti kemunduran dalam bidang pelajaran, masalah kemiskinan dan beban hutang, masalah keluarga dan rumahtangga, masalah kesihatan dan penyakit yang menimpa, masalah kejahilan dan jauh dari majlis ilmu, masalah persengketaan dan bermasam muka dan macam-macam lagi.
Jika kita suka agar masalah-masalah tadi tidak menimpa kita, maka kita juga sepatutnya suka agar sahabat dan jiran kita terselamat dan bebas daripadanya.
Teori, mana amalinya?
Berusahalah untuk membebaskan anak murid kita dari kejahilan, bebaskan rakan sekerja kita dari pasif dan tidak proaktif, bebaskan jiran kita dari menyendiri tidak berteman, bebaskan pemimpin kita dari kezaliman… kerana kita sayangkan mereka. Patutlah para pendakwah yang hakiki tidak ada masa untuk berehat, kerana mereka sibuk menyampaikan nasihat kepada sasaran dakwah mereka. Sebagai meneruskan risalah nabi. Kita pula di mana? Jika tidak dapat semuanya, buktikanlah sebahagian sayang kita kepada sebahagian saudara kita yang lain.
Wallahu a’lam.

Thursday, June 7, 2012



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.