Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Tuesday, March 12, 2013

Ya Allah s.w.t

 
Ya Allah..ketika aku terjaga dlm gelam mlm, aku boleh nyalakan lampu dihujung katil ku. Namun bagaimana ketika aku terjaga dlm pekat kelam kuburku?....siapa yg akan menyalakan lampu untuk ku. Ya Allah..bila terasa berdenyut kepala, isteriku boleh memicitnya, atau bila lenguh2 kaki dan betisku, anak2 boleh mengurutnya. Bagaimana kah Ya Allah..bila berdenyut kepala dan lenguh tulang temulang ku dlm sempit lahad yg melemaskan...siapa yg akan melayani aku?...Engkaulah Ya Allah akhir perjalanan hidup ku.

Friday, October 5, 2012

Senyumlah.......

Wahai sahabat2 ku sekalian, terimalah nasihat ku ini:

~ Senyumlah kerana senyum itu menawan,

~ Senyumlah kerana senyum itu sedekah,

~ Senyumlah kerana senyum itu tanda persahabatan,

~ Senyumlah kerana senyum itu lambang kejujuran,

~ Senyumlah kerana senyum itu pengikat kasih suci,

~ Senyumlah kerana senyum itu pengundang rezeki,

~ Senyumlah kerana senyum itu penawar paling mujarab,

~ Senyumlah kerana senyum itu mempamerkan kejernihan akal,

~ Senyumlah kerana senyum itu lahir dari hati yang bersih,

~ Senyumlah kerana senyum itu mengundang bahagia,

~ Senyumlah kerana senyum itu penghilang duka,

~ Senyumlah kerana senyum itu simbol kejayaan,

~ Senyumlah kerana senyum itu petanda husnul khatimah,

~ Senyumlah kerana senyum itu hiasan ahli syurga. :))

Thursday, October 4, 2012

Siapa Isteri Anda?

Siapa isteri anda?, dia ialah;

1. Anugerah Allah yg didatangkan untuk mencintai anda.
2. Teman dalam susah dan senang.
3. Teman untuk anda bergurau dengannya.
4. Insan yang melahirkan zuriat anda
5. Insan yg di lahirkan untuk anda menyintainya dan bermanja dengannya.
6. Pembantu anda dlm urusan rumahtangga.
7. Penasihat anda bila anda tersasar.
8. Penghibur dikala anda dukacita.
9. Perangsang anda dikala anda berputus asa.
10. Penyokong anda dikala anda ditinggalkan.
11. Pembela maruah anda.
12. pendinding anda dari Neraka Allah.
13. Pendorong anda kepada Syurga Allah.
14. Pelayan setia anda tanpa mengira waktu.
15. Perawat luka anda dikala anda terluka.

Dia lah wanita yg harus anda hargai....

Thursday, September 20, 2012

Syukur,sebak,gembira.....tiada kata-kata dapat diucapkan

Salam.......sudah lama saya tidak menulis di sini....copy n paste jer....
bulan haji 2012 ...mula lagi.....hati jadi sayu........Madinah dan Makkah mengamit rindu lagi......usai menghantar adikipar dan biras ke airport untuk menunaikan haji 2012....hati sebak dan rindu semula pada Madinah n Makkkah......air mata mengalir menderu di LTSAH Alor Setar.....insyaalah mereka akan mendapat Haji Mabrur......sering mengingatkan mereka......ujian pasca haji lebih mencabar........

Perjalanan pulang ke rumah...hati dikejutkan lagi dengan panggilan telefon daripada Pak Din....salah seorang tukang yang membina rumah saya...Saya dan isteri kasihan melihat pada fizikal Pak din dari Kuala perlis yang berumur 65 tahun dan masih bekerja dan bergelumang dengan konkrit dan simen bekerja untuk keluarga. Rasanya umur beliau telah melangkauwi masa untuk bekerja .

Pak Din menyatakan beliau telahmendapat surat tawaran untuk mengerjakan haji pada tahun ini dan sangat berterima kasih pada saya yang membantu beliau menulis surat rayuan dan menunjukkan jalan dan cara untuk membuat rayuan.(sudah 4 tahun berturut-turut beliau membuat rayuan)
Saya menyambut terima kasih dengan bersyukur dan menyatakan bahawa saya hanya jadi pencetus dan Allah s.w.t telah menetapkan bahawa pada tahun ini Pak Din dan isterinya akan menjadi tetamu Allah swt.

Hati saya berbunga gembira.Pertolongan yang kecil sahaja menjadi impak yang besar dalam hidup beliau.
Saya sujud syukur di masjid usai solat Asar pada petang hari tu.....

Menjelang maghrib Pak Din menalifon saya lagi menyatakan kegelisahan beliau bahawa hanya beliau sahaja yang menerima surat tetapi tidak untuk isterinya .Saya menyatakan tidak boleh berbuat apa-apa kerana hujung minggu dan cuti umum. Hanya pihak Tabung Haji sahaja yang boleh membuat keputusan. Menjelang keesokan harinya saya merujuk semula surat Pak Din pada PC saya dan membuka website Tabung Haji untuk mendapatkan maklumat. Alhamdulillah isteri Pak Din juga mendapat tawaran yang sama, cuma surat belum dikeluarkan.

Menalifon semula Pak Din. Hati kembali berbunga dan bersyukur.
Kesesokan harinya Pak Din menalifon semula pada saya menyatakan beliau telah selesai membuat pasport dan visa dan akan membuat pemeriksaan kesihatan pada hari yang berikutnya.
insyaalah Haji Mabrur Pak Din

Syukur alhamdulillah......saya kongsi kegembiraan ini bersama keluarga dan sahabat handai.


.



Friday, August 24, 2012

Kasih Suami Isteri

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.