Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Saturday, October 15, 2011

Manasik Haji 2010/1431H


Haji Mabrur
Menjadi rutin saya untuk membawa isteri ,mak mertua dan mak saudara ke Tanaeem untuk berniat dan mendirikan solat sunat di Masjid Aishah. Masjid ini merupakan sempadan yang terdekat antara Tanah Haram berbanding dengan Jaranah dan Hudaibiyah.
Walaupun jaraknya dekat,karenah pemandu van sapu yang sentiasa berebut untuk mendapatkan penumpang dan memenuhi van mereka mencabar kesabaran para jemaah.Kadangkala terdapat pemandu van yang memandu mengikut sesuka hati mereka atau berhenti untuk membeli rokok terlebih dahulu. Terdapat banya kedai rokok yang terletak di luar kawasan tanah Haram. Seringkali saya akan mencari van yang hampir penuh dan bercampur dengan jemaah dari Iran,Pakistan ataupun Turki. Walaupun datang dari negara yanbg berbeza, tetapi mempunyai hasrat dan tujuan yang sama iaitu melaksanakan ibadah umrah.
Apa yang terkilan di hati apabila ramai jemaah yang tidak melakukansolat di ruangan dalam masjid, sebaliknya mendirikan solat di ruang legar masjid sahaja.

Sejarah Masjid Aishah Tanaeem

Masjid Aisha, also known as Masjid at-Tan’eem marks the place where Ummul-Mu’mineen Aisha (r.a.) went to enter into Ihram for Umrah when the Prophet (s.a.w.) told her to do so during the farewell Hajj. The masjid lies 7.5 km south from Makkah on the road to Madinah and is the closest of all the boundary points.

- Jaabir (r.a.) reports that because Aisha (r.a.) was experiencing menstrual cycle the Prophet (s.a.w.) intstructed her to perform all the various rites of Hajj except for the Tawaaf. She then performed the Tawaaf after her cycle had ended. She then said, “O Rasulullah (s.a.w.)! While you have performed Hajj and Umrah, I have performed only Hajj.” The Prophet (s.a.w.) then instructed her brother Abdur-Rahman (r.a.) to take her to Tan’eem and it was from there that she performed her Umrah after her Hajj during the month of Dhul Hijjah.

Friday, October 14, 2011

Masjid Nan Dou Ya Beijing



Lawatan ke Masjid Nan Dou Ya Beijing merupakan antara pengalaman yang menarik ketika saya dan rakan di IPG Perlis berkunjung ke Beijing China

Jauh Perjalanan Luas Pandangan

The Great Wall of China


Saad b. Abi Waqas merupakan antara sahabat Rasullah s.a.w yang awal menyebarkan Islam ke negeri China. Usaha para sahabat untuk mengembangkan syiar Islam ini merupakan sunnah Rasullah s.a.w. Kesanggupan mereka untuk berhijrah amat dikagumi.

Siapakah Saad b. Abi Waqas ini?
Saad ibn Abī Waqqās (Arabic: سعد بن أبي وقاص‎) was an early convert to Islam in 610-11 and one of the important companions of the Islamic prophet Muhammad. Sa'd was the seventeenth person to embrace Islam at the age of seventeen. He is mainly known for his commandership in the conquest of Persia in 636, governorship over it, and diplomatic sojourns to China in 616 and 651.
The Chinese sources that inform us of the overseas career of Sad’d ibn abi Waqqas are- the Tangshu (唐书Tang History, pub.945 CE), the Ming Geography (Ta-Ming-i-t’ing Chi 大明一統志 pub.1461) and the Minshu ( 閩書, Fujian provincial Gazetteer, pub. 1620 ). The sources state that Sa’d ibn abi Waqqas arrived in China twice and Tang records reveal that the second visit, after a gap of twenty-five years, was when he (Sa’d) headed a 15-member embassy sent by Caliph Usman Tang King Gaozhong (Kao-Tsung), by sea route; the Arab emissaries landed Canton, and reached Chang‘an (capital) on 25 August 651.
Multiple Chinese sources inform that his father (Abi Waqqas aka king Abi Waqqas or Malik abi Waqqas), came to China thrice- in 586 CE (pre-Islamic period), 628 CE and 634 CE. Following the foot-step, Sa’d too was a keen traveler and arrived in China twice- in 618 and 651. Sa’d embraced Islam early in 611 CE at the of seventeen and he was among more than hundred Sahabas (Companions of the Prophet) who were dispatched to Abyssinia by Prophet Muhammad to avoid the virulent Quraish opposition and persecution in 615. Four Sahabas including Sa’d did not return (from Abyssinia to Madinah till 622 as others did) and they were later discovered to have sailed off to China. Sa’d was accompanied by his father Abi Waqqas in his 615-18 trip and that Abi was dead in China in-between 629 and 635 and was buried there; but much confusion has been made between Abi Waqqas and Sa’d ibn abi Waqqas, prompting many to believe (“learn”) that Sa’d ibn abi Waqqas was buried in China and that “his tomb” still lies there in Canton. The tomb if any belonged to Abi Waqqas.
Menyusuri jejak Saad b Abi Waqas ini ,Jun 2010 saya dan sahabat di IPGM Kampus Perlis telah melakukan lawatan ke Beijing.
Insyaalah pada bulan Jun 2011 saya dan sahabat di IPG akan ke Shenzen, Selatan China. walaupun Saad b. Abi Waqas di sekitar Canton, insyaalah jika diizinkan Allah swt ,kami akan ke sana.



Thursday, October 13, 2011

Tuesday, January 19, 2010

Orkes El Suraya Medan.....Kasih ibu bapa

Salam. Saya amat meminati kumpulan nasyid Orkes el Suraya dari Medan Sumatera.Kumpulan nasyid ini pimpinan Ahmad Baqi dengan beberapa orang penyanyi utamanya seperti Rukiah Zain dan Asmidar Darwis amat popular di Malaysia sekitar tahun 70an. Sebenarnya semenjak di sekolah rendah lagi saya telah diperdengarkan nasyid ini. Abah telah membeli radio yang beserta dengan 'rekod'.Walaupun dari kualiti yang murah dan tidak berjenama,rekod (pemain piring hitam) ini merupakan penghibur bagi kami sekeluarga. Ketika itu abah telah membeli beberapa album samada dalam bentuk EP ataupun LP sebagai bahan hiburan.Antara album yang masih saya ingat ialah album Holiday in Beirut pimpinan Orkestra Goldenmeyer di mana muzik ala padang pasir ini seringkali di perdengarkan pada waktu pagi di Radio Malaysia samada sebelum azan Subuh ataupun Maghrib.Kak Ani pula telah membeli album Akhir Sebuah Impian nyanyian Emilia Contessa dan Broery Marantika(Filem kedua dari Indonesia yang telah memecah 'box office' di Malaysia selepas filem Cinta Pertama lakonan Christine Hakim dan Slamet Rahardjo). Inilah album yang berulang kali kami mainkan kerana tidak mampu untuk membeli album yang baru. Keadaan ini menyebabkan saya begitu sinonim dengan kumpulan nasyid Orkes el Suraya dan abah tidak melarang jika saya memperkuatkan bunyi kerana nasyid ini mengandungi unsur-unsur nasihat dan juga hiburan. Ditambah pula dengan suara penyanyi utamanya yang mendayu-dayu...amat menyentuh perasaan. menjelang tahun 80an apabila penciptaan kaset dan' catridge' saya masih membeli album el Suraya ini kerana harganya yang lebih murah terutama keluaran Life Record Malaysia(lanun cetak rompak masih belum berleluasa ketika ini).
Ketika zaman disko dan rock kapak muncul, menyebabkan saya telah melupakan terus kumpulan nasyid ini. Walaupun saya cuba mencari di beberapa tempat, kurangnya sambutan dan apabila nasyid kotemporari seperti Kumpulan Raihan,Hijjaz dan Rabbani muncul, tidak ramai yang mendengar lagi kumpulan ini.
Pada tahun 2008, ketika saya mengerjakan umrah di Tanah Suci, tiba-tiba lagu ini muncul apabila mutawif kami Idris menyanyikan lagu Cita-cita dari album el Suraya secara alcapella semasa dalam perjalanan dari Jabal Uhud ke Masjid Jaranah (miqat yang kedua terdekat selepas Tanaim untuk berniat ihram).Ingatan saya terus mengimbau semula ketika tahun 70an.Sekembalinya saya ke Malaysia, saya cuba untuk mencari album ini tetapi gagal. Sehinggalah suatu pagi, rakan sekerja Kak Afza, asyik di dalam kereta Mercedesnya mendengar lagu. Saya mengetuk cermin tingkap kereta,(kebetulan saya parking kereta bersebelahan dengan kereta dia).Kak Afza menunjukkan album berkembar kumpulan nasyid Orkes el Suraya.Mohon kebenaran dari Kak Afza untuk 'burn' cd.Sila hayati lirik lagu nasyid bertajuk 'Chita Chita' nyanyian kumpulan ini.

Cita Cita

Kalau berkayuh, menuju pantai
Kerap bersua, ragam halangan
Tidak semua, hasratkan sampai
Kadang terbentur di tengah jalan

Tapi bila kaki, telah melangkah
Jangan dikenang lagi akan kembali
Walaupun tiang layar, berderap patah
Namun sebelum sampai, jangan berhenti

Janganlah hati beragak singgah
Kerna melihat pulau indah menanti
Bukan semua yang tanpa indah
Tahan luntur di panas terik

Bukan semua cita cita
Dapat dicapai dengan mudahnya
Tapi ku yakin dibalik derita
Bahagia menanti sesudahnya

Bila bintang tak juga terbit
Harus tabah hati menerima
Yakinlah bila bulan dah sabit
Esok lusa pasti purnama

Friday, January 8, 2010

Kasih dan rahmat Allah

Salam.Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk menghadirkan diri pada setiap tazkirah pagi Jumaat di tempat kerja. Topik yang diutarakan oleh Ustad Jo pada pagi ini ialah mengenai rahmat Allah. Berusahalah kita agar sentiasa berdoa untuk mencari rahmat Allah.Sesungguhnya kasih dan sayang Allah itu amat luas.Hanya rahmat dari Allah sahaja yang akan menentukan arah mana tujuan dan petunjuk untuk kita mengharungi hidup ini.Papan tanda di atas memberikan panduan kepada kita mengenai arah mana yang patut kita tuju.Adakah arah kufr dan neraka jahannam yang dipilih ataupun syurga jannah,rahmat,ubudiyah,takwa,sabar dan syukur yang menjai pilihan kita.Tepuk dada tanya iman.

Wednesday, January 6, 2010

Kasih dan Sayang Allah..langit illahi

Salam.Saya mulakan penulisan pada tahun 2010 dengan kisah yang memberikan kesan yang mendalam pada hati saya sehingga hari ini. Gambar foto di atas adalah 'mitzbah' ataupun pancur emas. Fungsi pancur emas ini ialah sebagai laluan bagi air yang bertakung di atas Kaabah untuk mengalir turun ketika berlaku hujan. Perstiwa yang memberikan kesan kepada jiwa saya ketika menunaikan ibadah umrah pada tahun 2008. Ketika saya mengerjakan solat Maghrib berdekatan dengan Kaabah, hujan mulai turun, sedangkan kota Makkah ketika itu seperti biasa cuacanya. 40 darjah celcius suhu pada setiap hari. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya untuk solat berdekatan dan hampir dengan Kaabah setiap kali masuk ke Masjidil Haram. Ketika berdiri untuk mengerjakan solat Maghrib, jaamah yang berada bersebelahan saya mencuit bahu dan menunjukkan jari ke langit.Awan hitam telah mula berkumpul betul bertepatan di atas Kaabah menandakan hujan akan turun.Saya menggangukkan kepala tanda mengiyakan tanpa berkata apa dan bersedia untuk bersolat. Ketika hampir kepada ruku, saya mula mendengar dan melihat rintikkan hujan, menandakan hujan mulai turun.Ditambah pula apabila rintikan hujan mula membasahi beg plastik bagi jemaah yang membawa bersama mereka kasut kerana kuwatir akan hilang.Tiba pada rakaat ketiga, hujan mulai turun mencurah-curah membasahi semua kawasan sekeliling Kaabah.Selesai solat sahaja keadaan mulai menjadi agak kelam kabut apabila ramai jemaah terutama dari Pakistan dan India sudah mulai gelisah dan meminta pada pihak polis yang menjaga kawasan Hijr Ismail agar di buka kawasan tersebut.Kawasan Hijr Ismail ditutup ketika waktu solat kerana memberikan ruang kepada imam untuk bersolat sunat di kawasan ini.Saya hanya melihat asakan dan tolakan daripada para jemaah yang sedang bertawaf mengelingi Kaabah. Saya tidak melakukan apa-apa. Hanya terpaku melihat kiswah Kaabah dibasahi oleh air hujan. Hati tidak berhenti-henti bersyukur kehadrat Allah kerana diberikan peluang yang jarang-jarang berlaku.Saya hanya berdiri melihat gelagat manusia.Beberapa orang Arab mula menalipon rakan mereka memberitahu bahawa hujan sedang turun dengan lebatnya sekitar Kaabah. Ketika saya mendongak ke atas ke arah pancur emas, saya terus terpaku terdiam walaupun baju sudah dibasahi oleh air hujan.Ketika melihat alir mulai mengalir dari pancur emas, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Saya melihat seolah-olah Kaabah yang statik sudah mulai hidup apabila air mulai mengalir turun.Ini ditambah pula dengan percikkan air yang mengenai cuping yang terdapat di hujung pancur emas, menjadikan kawasan Hijr Ismail bagaikan disirami air rahmat.Saya menyeluk saku jubah mencari handset dan kamera.Kedua-duanya tertinggal di hotel.Mungkin Allah ingin melihatkan peristiwa ini pada diri saya sebagai satu hadiah yang ternilai.Terdapat sebahagian jemaah yang menadah air hujan, dan ada juga yang mengambil air sekitar kawasan Kaabah dan membasahi diri mereka dengan air hujan. Saya hanya berdiri melihat tingkah laku manusia.
p.s.sedang membaca buku Langit Illahi tulisan Hilal Asyraf