![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgh5skBuM1cgvSHpqa7YoZKQa59qnpk9EECmtsD27xoT29JRXVSOyVUkzMkcfq9dmx_k0YE1pIh_ihCSDUlYEwBuDGKWyVOTtz1xkBlNhkxKKLd_-QYxItdwPtMSiy1Yhb1bDbzzQWM9GmH/s320/Hajj+Mabrur+2010+236.jpg)
Saya berasa sedih ketika melakukan ibadat melontar di Mina ini kerana melakukan ibadat di dalam sampah. Sebahagian besar daripada jemaah haji ini menjadikan tempat ini sebagai tempat pembuangan sampah. Batu yang berlebihan yang mereka kutip di Muzdalifah dibuang begitu sahaja bersama dengan beg plastik dan sampah lain.(yang mana satu Pakistan....yang sedang mengambil foto di belakang atau yang di hadapan)
Mina
Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang terletak sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat tanda-tanda yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji.
Keistimewaan
Di sini terdapar tugu jamrah, iaitu tempat pelaksanaan ibadat melontarkan batu ke arah tugu jamrah sebagai simbolisasi tindakan Nabi Ibrahim a.s. ketika mengusir syaitan yang cuba menganggu baginda menjalankan ibadah qurban iaitu menyembelih putera kesayangannya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s. Di sini terdapat tiga tugu yang digunakan untuk ibadat melontar iaitu Jamratul Kubra, Jamratul Ula, dan Jamratul Wustha. Di tempat ini jemaah Haji diwajibkan untuk bermalam ketika musim haji berlangsung dalam bulan Zulhijjah.
No comments:
Post a Comment