Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Friday, February 3, 2012

Jika berjumpa atau bertemu....

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak ini
belum banyak melakukan dosa daripada kita...

2.Apabila bertemu dengan orang tua anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat..

3.Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia
pelajari dan ketahui..

4. Apabila melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan
bertaubat atas kesalahannya..

5.Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam
keadaan kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan lah dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti dia akan diberi
hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosanya akan diampuni Allah.

No comments:

Post a Comment