Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Tuesday, December 29, 2009

Kasih dan sayang Allah...syukur alhamdulillah


Salam......lama berhenti menulis kerana kesibukan bercuti bersama keluarga. Minggu lepas merupakan minggu yang mendebarkan kami sekeluarga kerana keputusan PMR diumumkan.Along merupakan salah seorang calon PMR. Debaran bertambah kencang kerana Along hanya memperolehi satu A sahaja semasa peperiksaan percubaan.Ditambah pula dengan sikapnya yang 'easy going' dan sering mengambil mudah dalam pelajaran dan leka bermain 'games' dan ralit dengan komik Gempak yang tidak pernah lupa dilanggan 2 kali sebulan. Saya menaruh yakin kejayaan akan dicapai kerana anak lelaki memang sifatnya begitu. Saya bersama isteri dan Luqman(anak ke 3) melangkah ke Dewan SMK Derma Kangar dengan hati yang berdebar.Walaupun saya mempunyai kawan di Jabatan Pelajaran.....biar suspens...
Sesampai di Dewan Sekolah SMK Derma , Pengetua, Pn. Norlia sedang memberikan ucapan dan membaca analisa.Saya melihat ramai pegawai dari Jabatan Pelajaran,Pengarah Pelajaran Negeri dan juga 'reporter' telah ramai berkumpul. SMK Derma merupakan antara 10 buah sekolah kluster yang terbaik di Malaysia dan menjadi sekolah yang terbaik keputusan PMR 09 malah mengalahkan SM Sains yang merukana sekolah yang berasrama penuh.
Hati makin berdebar apabila MC menjemput Pengarah Pelajaran Negeri bersama Pengetua naik ke pentas untuk menyerahkan slip peperiksaan kepada calon cemerlang yang mendapat 8A.
Selepas hampir 40 nama dipanggil saya hanya berdiam diri.Saya menyatakan kepada isteri
"Nama dari abjad A hingga Z sudah habis dipanggil, tak ada pun nama Along"
"Nama dipanggil berdasarkan kelas..." saya berdiam dan terus keluar Dewan.
Saya terus bergerak ke hadapan dewan dan bersedia dengan kamera di tangan.
"Wira seterusnya...Mikhail Muttaqee b. Mahayudin"....
Saya diam membisu. Tidak dapat dibayangkan perasaan hati. Syukur alhamdulillah.
Allah telah memakbulkan doa saya dan isteri di Multazam. Kami memohon kejayaan anak-anak di hadapan Kaabah. Hati menjadi hiba apabila melihat isteri saya mulai menangis kegembiraan. Perasaan bangga,sedih,gembira,puas semua bercampur baur.
Terima kasih pada semua terutama bekas Pengetua Derma, Pn. Hjh. Aziah,Pengetua sekarang, Pn. Norlia dan semua guru yang mengajar anak saya semenjak dari tingkatan 1 sehinggalah ke tingkatan 3. Begitu juga keluarga yang sentiasa memberi semangat dan mendorong ke arah kejayaan. Kejayaan Along adalah kejayaan kita semua.Juga rakan-rakan saya yang sentiasa mendoakan kejayaan Along.
p.s. Gambar foto di atas Along menerima slip peperiksaan PMR 09 daripada Pengarah Pelajaran Negeri.....jangan lupa...Abah juga berada di pentas yang sama pada tahun 1983 kerana menjadi Pelajar Terbaik STPM Aliran Sastera. Buat Along....perjalanan masih jauh.....usaha yang bersungguh dan tidak lupa pada Allah nescaya akan membuahkan hasil yang sama pada SPM 2011

No comments:

Post a Comment