Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Tuesday, December 8, 2009

Kisah Cinta Hamka

Masjid di Danau Maninjau
Masjid di atas merupakan masjid di mana Prof. Hj. Abdul Malik Karim Amirullah memulakan ceramah agama beliau selepas pulang daripada belajar di kota Makkah. Cara pengajaran dan idea yang baru menyebabkan beliau tidak begitu disenangi oleh masyarakat Minang yang rata-ratanya mengamalkan Adat Perpatih. Beliau keluar merantau semula dan mendapat sambutan di Malaysia. Lawatan ke rumah Hamka mendedahkan andaian Hamka seolah-olah seperti sebatang pokok kelapa yang condong di mana buahnya boleh dipetik di Malaysia. Kenangan ke rumah Hamka mengingatkan saya pada dua buah novel beliau yang telah saya baca iaitu Tengelamnya Kapal Van Der Veight dan Di Bawah Lindungan Kaabah. Perbezaan antara novel cinta dan novel yang berunsurkan agama berjaya digarap oleh beliau dengan baik sekali.Saya petik kata hikmat Hamka yang ditulis beliau di dalam buku Pelita Kehidupan.

"Hidup terbina antara suka dan duka, andai terlalu suka hati jadi bosan,terlalu
berduka hati jadi rawan"

Danau Maninjau menjadikan kita begitu dekat dengan alam. Tidak menghairankan jika kita telah menjejakkan kaki ke Tanah Minang, lambat laun kita akan kesana lagi. Bak pantun yang tercatat di rumah Buya Hamka
Jika anda memakan pinang
Makanlah sama sireh yang hijau
Jika anda ke Tanah Minang
Jangan lupa singgah ke Maninjau

Salam.........

p.s. Teringat jeritan Kak Sofiah di Harau dan nyanyian oleh Pak Sony.....Ayam Den Lapeh....lagu yang dipopularkan oleh Elly Kassim sekitar tahun 60 an.....

No comments:

Post a Comment