Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Friday, November 25, 2011

Makam Halimatusaadiah d Baqi

Makam Halimatusaadiah?
Saya masih tertanya-tanya samada makam Halimatusaadiah ra iaitu ibu susuan Rasullah saw berada di Perkuburan Maala di makkah ataupun di Perkuburan Baqi' di Madinah. Kunjungan ke perkuburan Baqi' menjadi rutin seharian saya ketika berada di Madinah. Usai solat subuh,saya akan menziarahi makam Rasullah saw dan terus ke perkuburan Baqi'. Kita akan mendapati perkuburan ini sentiasa dikawal oleh tentera pada musim haji dan pihak dari Jabatan Agama Islam Madinah yang mengawal para jemaah daripada melakukan pekara bidaah di sini. Mereka akan memberi penerangan dan adab-adab ketika menziarahi kubur.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sesiapa yang mampu mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguh aku akan menjadi saksi sesiapa yang mati di sana"

Siapakah Halimatusaadiah ataupun ibu susuan Rasullah ini?

Pada mulanya Nabi Muhammad saw disusui oleh jariah (hamba perempuan) Abu Lahab, bernama Thuwaibah al-Aslamiyah. Selepas beberapa hari, Nabi Muhammad S.A.W diserahkan pula kepada Halimatusaadiah dari perkampungan Bani Sa’ad. Kampung itu jauhnya kira-kira 50 km dari Makkah ke arah Taif. Adat menyerahkan bayi kepada ibu susu ini merupakan kebiasaan bangsawan Arab. Nabi Muhammad S.A.W berada di bawah jagaan Halimatusaadiah sehingga usia nabi mencecah empat tahun.

Baginda menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang bersih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekali pun masih kecil usianya. Bakat-bakat baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir di bawah kilauan pancaran matahari dan udara bersih.

Sepanjang masa Muhammad tinggal bersama-samanya, hidup Halimatusaadiah sekeluarga menjadi senang, rezekinya bertambah, kambingnya membiak dan kebunnya menjadi. Malah, dikisahkan Halimah sendiri merasa hairan kerana kambingnya tiba-tiba saja menjadi gemuk semenjak kedatangan Muhammad. Itulah keajaiban Tuhan, memberi petanda bahawa Muhammad itu bukan insan biasa sebaliknya bakal pembawa cahaya dan kebenaran.

Muhammad pula begitu sihat dan cerdas. Dia hidup di kalangan masyarakat yang tidak terpengaruh dengan amalan menyembah berhala dan melakukan maksiat. Muhammad dapat mempelajari bahasa Arab yang tulen. Dia juga dapat mempelajari cara hidup masyarakat desa yang hidup bertani dan menternak kambing serta kaya dengan budi bahasa dan beradab.


Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susuan Nabi Muhammad dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Nabi Muhammad karena yatim. Namun, karena alasan ia tidak ingin dicemuhh Bani Sa’d, ia menerima Nabi Muhammad. Selama dengan Halimah,Nabi Muhammad hidup nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.

Dikisahkan saat Nabi Muhammad berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi di ketika nabi Muhammad sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badui. Setelah kejadian itu, nabi Muhammad dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah.
Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran jelas bahwa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salji.”

No comments:

Post a Comment