Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Friday, October 21, 2011

Berzikir d Masjidil Haram

Saya mencemburui Pemuda Arab yang berada di bersebelahan saya yang sedang membaca Al Quran. Bahasa ibunda mereka...bukan penghalang bagi kita yang kurang mahir bahasa ini. Apa yang penting ialah kemahuan untuk mempelajari. Pemuda Arab di sebelah saya sedang bersms.....

Kekadang saya keletihan berulang-alik dari hotel ke masjid. Namun begitu keadaan ini tidak menghalang saya daripada beribadat di Masjidil Haram ini yang pahalanya berlipat kali ganda (100 000 X) berbanding masjid lain. Apa yang saya sering lakukan ialah dengan berzikir dan kadangkala mengelamun teringatkan keluarga di tanah air.

Fadilat berzikir
Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termashur, di dalam risalah Al-Wabil beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya

* Zikir menyebabkan Allah redha

* Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia

* Zikir menggembirakan hati

* Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari

* Zikir memurahkan rezeki

* Zikir adalah sinaran hati dan muka

* Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar

* Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

* Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah 152) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

Berzikir adalah mengingat dan menyebut nama Allah SWT serta mengucapkan kalimat kepujian kepada Allah SWT secara berulang-ulang.

Tujuan berzikir agar hati menjadi dekat kepada Allah SWT dan tetap kuat dalam keimanan.

Berzikir dilakukan setiap saat sekali pun hanya sedikit,
diutamakan sebanyak-banyaknya dan terus menerus.

Allah SWT memerintahkan berzikir, antaranya:

1. “Ingatlah (berzikirlah) kamau kepadaKu, niscaya Aku ingat kepadamu”.

2. “Berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”.

Rasulullah SAW mengemukakan beberapa fadhilat berzikir, antaranya:

1. Allah SWT telah berfirman, “Aku menurut dugaan hambaKu terhadap Ku. Aku bersama hambaKu apabila ia mengingat Aku. Jika ia mengingat Aku pada dirinya, niscaya Aku mengingatnya pula pada DiriKu. Jika ia mengingat Aku dalam satu kelompok, niscaya Aku mengingatnya pada kelompok yang lebih baik daripada kelompok mereka. Jika ia mendekatkan diri kepada Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekatkan satu hasta. Jika ia dekatkan diri kepada Ku satu depa, maka Aku akan mendekatinya dengan berjalan, maka aku akan datang kepadanya dengan berlari”.

2. Orang yang berzikir mendapat rahmat dan keamapunan Allah SWT.

3. Allah SWT menyebut nama orang yang berzikir kepada para malaikat yang berada disisiNya.

4. Orang yang berzikir mendapat perlindungan Allah SWT pada hari Jumaat.

5. Berzikir kepada Allah SWT lebih utama daripada berjihat fisabilillah dan memberi harta yang banyak terus menerus.

6. Orang yang berzikir mendapat ketenangan hidup.

7. Orang yang berzikir diibaratkan orang yang hidup dengan rohaninya dan orang yang tidak berzikir diumpamakan orang yang mati.

No comments:

Post a Comment