Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Monday, October 17, 2011

Solat Dhuha d Masjidil Haram

Menunggu masuk waktu Dhuha d bumbung Masjidil Haram

p.s. lihat gadjet...tasbih,iphone,bantal angin,sejadah....relax jap....kelihatan jemaah Indonesia di belakang mengambil air zam zam untuk dibawa pulang ke hotel...
Saya dan keluarga akan menunggu sehingga waktu Dhuha, sebelum kami balik ke hotel untuk sarapan pagi. Saya selalu mengambil kesempatan ini kerana fadilatnya bukan sahaja besar dan sunnah Rasullah saw...tetapi saya suka dengan suasana dan keindahan cahaya matahari yang mula terbit di awal pagi. Kami selalu mengambil kesempatan untuk berada ditingkat 3 Masjidil Haram ataupun berada di bumbung Masjid ini. Kawasan ini menarik kerana cahaya matahari akan dilindungi oleh Jabal Qubis (dahulunya kawasan rumah Abi al Arqam) yang merupakan istana diRaja sekarang.

Fadilat Solat Dhuha

Dalam al-Quran surah al-Dhuha, Allah s.w.t telah BERSUMPAH demi kehebatan waktu Dhuha.


Firman Allah s.w.t :
Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka.

(Surah al-Dhuha : 1-5 )
Fadilatnya-Kekuatan Jasmani

Daripada Buraidah katanya telah bersabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud "

" Pada diri manusia ada 360 ruas tulang, dituntut ke atasnya untuk memberi sedekah kepada setiap satu daripada ruas-ruas tersebut.

Para sahabat bertanya, 'Siapakah yang terdaya melakukan ya Rasulullah ? ' Lalu beliau bersabda, ' Boleh juga dilakukan dengan menanam kahak di lantai masjid atau menghilangkan halangan di jalan, kalau tetap tidak dapat dilakukan makan dengan melakukan dua rakaat solat Dhuha boleh cukup baginya."

( Riwayat Ahmad dan Abu Daud dan dengan lafaz lain oleh muslim )
Solat Sunat Dhuha adalah antara solat individu yang tidak boleh dilakukan secara berjemaah.

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu,
cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu,
kekuatannya kekuatanMu,
ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.
Jika cahaya jauh perdekatannya
dan jika ada hampir maka permudahkannya
dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Allah cucuri rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan para sahabatnya serta kesejahteraan.
Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam."


Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.


Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.




No comments:

Post a Comment