Kembara jiwa......menanti fajar di ufuk timur......

Sunday, October 16, 2011

Perjanjian Hudaibiyah

Blogger di Masjid Lama Hudaibiyah.

Kunjungan ke Hudaibiyah merupakan kunjungan saya buat kali yang kedua. Saya dan isteri telahpun berkunjung ke Hudaibiyah pada tahun 2008. Pada tahun 2010 sekali lagi Allah SWT mengizinkan kami untuk sampai ke kawasan bersejarah ini. Jaraknya lebih kurang 25km dari Tanah Haram. Kunjungan kali kedua ini membuatkan saya mengingati Perjanjian Hudaibiyah yang telah dibuat antara Rasullah saw dengan pihak Quraish Mushrikin Makkah.
Perjanjian Hudaibiyah (bahasa Arab: صلح الحديبية) berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani .
Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji . Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut bela atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah".
Isi Perjanjian Hudaibiyah
Gencatan senjata selama sepuluh tahun.Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
Berkembangnya syiar Islam.Kehidupan masyarakat aman dan damai.Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.[sunting] Kesan Perjanjian HudaibiyahRencana utama: Pembukaan Kota MekahMusyrikin Quraisy semakin lemah.Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin majuOrang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.

No comments:

Post a Comment